Perlukah ada pertikaman lidah, persaingan sihat hanya dongeng semata? - Utusan Malaysia

Perlukah ada pertikaman lidah, persaingan sihat hanya dongeng semata?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJARAH industri hiburan tempatan tidak pernah kering dengan kontroversi pertikaman lidah antara artis. Ada sahaja selebriti yang dahulunya baik ibarat aur dan tebing, namun tiba-tiba sahaja ‘bercakaran’.

Itu belum lagi kisah perli memerli di media sosial. Tetapi sejak dahulu lagi, memang isu pergaduhan sesama artis ini sering sahaja singgah dalam diari seni tanah air. Mana mungkun semua bersahabat baik kan?

Pancaindera kali ini mendapatkan komen artis dan selebriti yang pernah mencetuskan kontroversi kononnya mereka bergaduh dengan rakan-rakan sesama industri.

Perlukah persaingan pertikaman lidah? Atau itu memang lumrah hidup? Jom kita baca apa kata mereka.

Saya tak ambil peduli hal orang – Ruhainies

Bagi pelakon Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, isu pertelingkahan dan bersikap dingin bukan sahaja berlaku dalam industri seni, malahan di pelbagai sektor lain.

“Seelok-eloknya kita sesama manusia ini kena sokong satu sama lain. Bukan dalam industri seni sahaja, sama juga kalau dalam bidang bisnes. Ada yang tak boleh tengok orang lain lebih.

“Saya seorang yang tak suka ambil tahu hal orang lain. Bahkan, tak pandang belakang dan sibuk urusan orang lain.

“Sebab itulah saya tak tahu siapa yang lebih atau kurang daripada saya. Kita kita bersama-sama saling menyokong barulah berjaya,” tegasnya.

Mengulas mengenai dirinya secara peribadi, Ruhainies mengambil pendekatan merendah diri.

“Hubungan saya dengan sesiapa pun di dalam inudstri ini tiada masalah dan saya gembira dengan kerjaya serta orang sekeliling yang bekerjasama dengan saya,” akhirinya.

Saya tak suka gaduh tetapi kalau dah ‘sebut’ nama saya – Michael Ang

Bagi pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang, dia bukanlah seorang yang gemar bertelingkah mahupun saling bertikam lidah sesama rakan seindustri.

Namun, Michael menegaskan jika namannya sudah disebut atas sesuatu isu yang dibangkitkan, dia tidak berdiam bagi mempertahan dirinya sendiri.

“Setakat ini, saya lihat dalam industri tiada saling bertikam lidah tetapi memburukkan antara satu sama lain itu ada, namun jarang berlaku. Kadang kala faktornya adalah kerana cemburu. Jadi, tidak perlu nak cemburu lah.

“Jika ditanya untuk situasi saya, sebenarnya saya tidak suka bergaduh. Tetapi, kalau dia sudah ‘sebut’ nama saya, terpaksa ah saya menjawab. Kalau tidak sebut, memang saya tak akan ambil peduli.

“Tambahan pula, saya tidak akan memperbesar isu jika dia tidak menyebut nama. Tetapi, bila sudah disebut, saya perlulah mempertahankan diri sendiri juga. Jika tidak, saya boleh pergi. Itu pendirian saya,” katanya ketika ditemu bual.

Pengarah itu juga tidak menafikan segelintir warganet di media sosial suka melaga-lagakan lagi pergaduhan antara satu sama lain.

Mengulas lanjut, Michael sempat menitipkan nasihat buat semua termasuk dirinya agar mencari jalan penyelesaian antara kedua belah pihak jika berlakunya perbalahan yang dingin.

“Jabatan netizen tak perlu cakaplah, memang batu api paling besar kerana mereka ini suka melaga-lagakan lagi. Bukan semua, tetapi segelintir netizen. Saya rasa mereka ini kesunyian dan mempunyai masalah mental kerana mereka lebih bahagia apabila melihat orang bergaduh.

“Ini nasihat saya kepada rakan seindustri dan diri sendiri, kalau sesuatu perkara itu menjadi isu, pergi berjumpa bersemuka sahaja. Tidak perlu nak cakap belakang dan berkias.

“Pergi tanya sendiri, tidak perlu nak berkongsi di Instagram. Cari jalan penyelesaian yang terbaik daripada beri ‘hint’ di media sosial,” tuturnya panjang.

Bawa ke muka pengadilan – Ifa Raziah

Penyanyi dan usahawan sensasi Ifa Raziah berpendapat, perbalahan sesama artis perkara biasa dan menjadi lumrah dalam dunia hiburan.

Namun katanya, ada jalan yang betul boleh diambil untuk meredakan ataupun menyelesaikan pergaduhan agar tidak berpanjangan.

“Sepanjang bergelar anak seni, saya pernah mengalami. Cuma dahulu dan sekarang berbeza.

“Kita ada pilihan untuk selesaikan. Bagi saya, bergantung pada isu. Kalau berat, bawa ke muka pengadilan atau buat laporan kepada pihak berkuasa. Itu saya.

“Cara itu lebih baik untuk menetapkan kita di pihak benar atau tidak. Nak tutup mulut orang susah. Jadi, senang begitu. Tapi ingat, orang terniaya mungkin tidak mendapat keadilan di dunia.

“Tunggu di padang Mahsyar. Yang menganiaya tak akan terlepas,” tegasnya.

Kata Ifa lagi, dalam isu pergaduhan, yang terlibat kena bijak menilai. Begitu juga orang sekeliling, tidak boleh mendengar hanya pada sebelah pihak sahaja.

“Gaduh itu biasalah. Fitrah, sentiasa ada tak puas hati.

“Bagi saya, kalau perlu, saya bersuara. Yang sekeliling ini pun tak boleh dengar sebelah pihak sahaja, kena berlaku adil. Barulah tak berat sebelah,” katanya lagi.

Sedangkan lidah lagikan tergigit – Fikry Ibrahim

“Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan sesama pemain industri.”

Itu reaksi pelawak dan pelakon, Fikry Ibrahim, 27, berhubung pertelingkahan antara artis atau warga industri seni.

Jelas pelakon drama Cekelat Honey itu, melengkapi dan saling bertukar pandangan tentang sesuatu hal adalah perkara yang sihat.

“Saya bersetuju untuk warga industri seni saling menyokong dan mendoakan kejayaan atau pun kesejahteraan masing-masing.

“Malahan, saya sangat menghargai dengan adanya persaingan sihat kerana hal itu akan menambah baik kualiti seni kita.

“Saya juga bersetuju, jika kita ada perbezaan pendapat kerana terlahirlah kreativiti dan pandangan lain agar dapat memajukan dan memperbaiki diri,” ujarnya.

Ujar Fikry lagi, kalau tidak bersetuju dengan kenyataan atau situasi, itu tidak bermakna individu berkenaan salah.

“Tidak juga bermaksud saya benci. Betulkan konsep itu, tak setuju tak mengapa, yang penting hargai pandangan mereka. Hal yang sudah terlepas, tidak mengapa,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya