Perlawanan bola sepak bertukar jadi WWE Royal Rumble - Utusan Malaysia

Perlawanan bola sepak bertukar jadi WWE Royal Rumble

SALAH seorang pemain Penang FC , Adib kelihatan cedera di hidung. Foto: Twitter Ultras Panthers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perlawanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala Menteri Besar Terengganu 2022 antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC dicemari dengan aksi pergaduhan.

Pergaduhan bermula selepas sepakan penalti minit terakhir babak pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dikatakan pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan.

Daripada situ bermulanya pertarungan umpama WWE Royal Rumble, dengan aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’, bertumbuk di antara pemain-pemain Terengganu dan Penang.

Hampir semua pemain kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas.

Salah seorang pemain Penang, Muhammad Adib Abdul Raop dilaporkan cedera patah hidung, selepas gambarnya tular di media sosial.

Difahamkan, pengadil turut melayangkan kad merah kepada pemain Terengganu dan Penang.

Aksi babak kedua tidak diteruskan selepas pemain Penang enggan tidak keluar meneruskan perlawanan sekali gus memberi kemenangan percuma 3-0 kepada pasukan tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya