Perhilitan Perak siasat video harimau belang

Perhilitan Perak siasat video harimau di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

RAKAMAN video seekor harimau yang dikatakan berkeliaran di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan seekor harimau belang dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, ini berikutan satu rakaman video yang tular dalam media sosial harimau berkenaan dikatakan dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat (R@R) atau Banjaran Cafe di jalan berkenaan.

Menurutnya, beliau telah menerima rakaman video tersebut pada pukul 10 malam tadi.

“Perhilitan Perak sedang menyiasat rakaman video tular harimau di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

“Kita tengah siasat, unit harimau Perak ke tempat yang dikatakan,” katanya dalam kepada media di sini hari ini.

Terdahulu,  tular  video berdurasi 17 saat yang merakamkan seekor harimau belang di satu kawasan semak yang berbukit.

Berdasarkan keterangan pada video itu, haiwan itu dikesan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands selepas kawasan R@R  atau Banjaran Cafe. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya