Perhilitan pantau kemunculan harimau belang di Cameron Highlands 

Perhilitan pantau kemunculan harimau belang di Cameron Highlands 

TANGKAP layar video seekor harimau yang dikatakan ditemukan di Cameron Highlands, Pahang. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan Perak memantau kemunculan harimau belang yang dikesan di kawasan pusat peranginan tanah tinggi ini supaya haiwan liar tersebut tidak mengancam penduduk. 

Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md. Yasin berkata, hasil pemantauan dan maklumat penduduk kampung khususnya di Kampung Orang Asli Sungai Ubi di sini, tiada menemukan haiwan liar terbabit keluar dari habitatnya. 

“Perhilitan meneruskan pemantauan bagi memastikan harimau ini kembali ke habitat asalnya dan tiada ancaman kepada penduduk,” katanya di sini hari ini. 

Khamis lalu, tular dalam laman media sosial rakaman video penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands.

Ia adalah video kedua tular selepas video pertama sekitar seminggu lalu yang mana seekor harimau belang dikatakan berkeliaran sekitar jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Difahamkan, haiwan itu dipercayai dari hutan simpan berhampiran dan kemungkinan tersesat di kawasan itu ekoran mengejar haiwan buruan.

Rozidan berkata, Perhilitan Pahang dan Perak  terus memantau kawasan Kampung Orang Asli Sungai Ubi bagi mengelak ancaman harimau belang.

Beliau berkata, pemantau terbabit dibuat berasaskan aduan penemuan tapak kaki hidupan liar berkenaan di kampung terbabit pada 10 Februari lalu. 

“Hasil siasatan aduan adalah berasas penemuan kesan tapak kaki berukuran anggaran 10×14 sentimeter. Lokasi kejadian berada kira-kira satu kilometer dari perkampungan Orang Asli Kampung Ubi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya