Perak tiada halangan sempadan negara dibuka - Utusan Malaysia

Perak tiada halangan sempadan negara dibuka

SAARANI Mohamad (tengah) menyaksikan majlis menandatangani  Pelan Perancangan Strategik MBI Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri tiada halangan terhadap cadangan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan antarabangsa negara menjelang Mac ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu dilihat sebagai langkah memulih dan membangunkan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19. 

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu perlu disertai dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat bagi mengekang penularan varian Omicron di negara ini. 

“Kita (kerajaan negeri) tiada halangan untuk sempadan negara dibuka kerana ia sebahagian daripada kaedah dan cara untuk memulihkan ekonomi negara. Namun, kita harus ingat hari ini kes (Covid-19) yang dilaporkan sehingga 17,000, ini bermakna jika sempadan dibuka sekali pun, SOP yang sangat ketat perlu disediakan.

“SOP itu juga perlu betul-betul dipatuhi, jika tidak yang akan menjadi mangsa adalah rakyat negara ini khususnya orang Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon, ‘Walkable City’ dan Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya