Perak FC tanpa import dan pemain baharu

Perak FC tanpa import dan pemain baharu

STUART Ramalingam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perak FC mungkin beraksi tanpa import dan pemain baharu bagi mengharungi aksi pusingan pertama Liga Perdana musim ini.

Ini ekoran mereka kesuntukkan masa untuk menyelesaikan hutang RM1.7 juta bagi melepaskan diri daripada hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dengan berbaki lima hari tarikh akhir mendaftar pemain baharu iaitu pada 22 Februari ini, Perak sudah kesuntukkan masa untuk menyelesaikan hutang berkenaan sekali gus berisiko tidak mempunyai jumlah minimum 20 pemain dalam pasukan.

Bagaimanapun, untuk kuota pemain tempatan, Perak tiada masalah untuk mendaftar pemain tetapi pasukan itu hanya boleh mendaftarkan pemain dari skuad Piala Presiden dan Piala Belia musim lalu bagi mencukupkan kuota minimum pendaftaran pemain.

Berdasarkan peraturan pertandingan Liga Malaysia (Liga M), setiap pasukan boleh menyenaraikan maksimum 30 pemain dan minimum seramai 20 pemain untuk satu tempoh jendela.

Hutang tersebut difahamkan membabitkan tunggakan gaji beberapa tonggak import selain turut berkait dengan pembayaran kepada ejen pemain.

Pemain Baharu

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memahami kesukaran skuad The Bos Gaurus itu yang tidak boleh mendaftarkan pemain baharu ekoran masalah tunggakan gaji itu.

“Dalam peruntukan tak boleh daftar pemain baharu sama ada tempatan atau import, bermakna pasukan Perak terpaksa bermain dengan pemain yang sudah berdaftar dengan Perak, di mana pemain dalam Liga Super, Piala Presiden atau Piala Belia (musim lalu) boleh berada dalam pasukan Liga Perdana (musim ini).

“Dalam peraturan pertandingan kita…kita ada minimum 20 pemain untuk didaftarkan dan maksimumm 30 pemain. Kalau dia dapat 19 pemain sahaja perkara ini saya boleh bawa ke Ahli Lembaga Pengarah untuk kita bincangkan.

“Ini bukan masalah mereka tak nak daftar, tetapi ia perkara lain dan kita tak boleh menghalang (batalkan penyertaan) satu pasukan jikalau tak dapat 20 pemain, dan kita harus lihat senario ini.

“Di mana pertimbangan dan bantuan yang kita boleh buat di peringkat MFL ialah kita akan buat sejauh yang boleh untuk membantu Perak,” katanya ketika ditemui pada majlis perkenalan penaja baharu Liga Super, Luno Malaysia yang turut dihadiri Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang di Petaling Jaya, semalam.

Mengulas lanjut, Stuart berkata, pihaknya bersedia untuk membantu Perak dengan memberikan cadangan untuk menghadapi situasi dimana sekiranya Perak tidak dapat menjelaskan hutang tersebut dalam masa terdekat.

“Kita ada memberi beberapa cadangan tetapi saya tidak boleh beritahu di sini kerana Perak belum membuat apa-apa keputusan. Sudah tentu kita akan membantu mereka,” jelasnya. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya