SEREMBAN: Penyanyi yang popular dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan, Mastura Domo Ismail, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 8.40 malam tadi.
Anak Allahyarham, Arianty Mokhtar, 40, berkata, ibunya itu meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, Kajang, Selangor.
“Arwah ibu saya meninggal di rumahnya di Taman Cheras Idaman lebih kurang 8.40 malam tadi. Dia meninggal akibat barah ovari tahap empat.
“Arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Sungai Long, Kajang esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Mastura yang berasal dari Mentakab, Pahang, cukup popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang yang dinyanyi bersama pasangan duetnya, Ally Noor. – UTUSAN ONLINE