Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang, Mastura Ismail meninggal dunia - Utusan Malaysia

Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang, Mastura Ismail meninggal dunia

MASTURA DOMO ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Mastura Ismail yang menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” telah kembali kerahmatullah pada jam 8.50 malam tadi dikediaman beliau di Cheras.

“Allahyarham dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong Mentakab Pahang. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Hafiz memaklumkan jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Cheras, dekat sini.

“Jenazah Allahyarham kini berada dirumahnya di Taman Cheras Idaman dan akan dimandikan serta dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras.

“Pengebumian akan dilakukan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor, esok (10 Feb 2022).

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga. Semoga tabah hadapi ujian Ini, Al Fatihah” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya