Penjual ayam akur harga yang ditetapkan kerajaan - Utusan Malaysia

Penjual ayam akur harga yang ditetapkan kerajaan

HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga ayam tetap dijual RM8.90 sekilogram, walaupun masih berlaku masalah kekurangan bekalan di beberapa tempat.

Tinjaun Utusan Malaysia di Pasar Chow Kit mendapati, kebanyakan peniaga menjual ayam pada harga maksimum runcit bagi ayam standard yang disarankan oleh kerajaan.

Seorang peniaga yang ingin dikenali sebagai Hussin berkata, walaupun pembekal masih tidak menurunkan harga, dia tetap menjual pada harga RM8.90 sekilogram sejak kelmarin.

Ketika ini katanya, para peniaga berdepan masalah dengan kekurangan bekalan ayam dan pembekal juga tidak dapat menyediakan ayam mengikut tempahan.

“Sejak kelmarin, saya jual pada harga RM8.90 sekilogram. Buat masa ini, pembekal masih tidak turunkan harga. Mahu atau tidak, kita perlu akur dan jual pada harga yang ditetapkan.

“Untung sedikit sahaja jika, tidak banyak. Tetapi masalahnya, kita kekurangan bekalan ayam dan saya berharap perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya ketika ditemui semalam.

Media sebelum ini melaporkan, harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan kepada RM8.90 berbanding RM9.10 sebelum ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pelaksanaan harga maksimum ayam itu bermula kelmarin sehingga 5 Jun 2022.

Sementara itu, seorang lagi penjual, Sazali Abd. Latif berkata, walaupun memperoleh keuntungan sedikit, dia tidak mahu mempersoalkan perkara itu demi menjaga pelanggan.

SAZALI ABD LATIF

“Jika harganya begitu saya ikutkan sahaja demi para pelanggan, kita sebagai penjual sebenarnya tidak menerima keuntungan yang banyak kerana pembekal masih berikan harga sama.

“Saya lihat pelanggan juga bertambah apabila harga turun, maknanya pembeli sudah kembali ramai seperti sebelum ini dan situasi itu turut menggembirakan kami sebagai penjual.

“Saya juga berharap, kerajaan dapat memantau harga di peringkat pembekal kerana kadang-kadang terlampau tinggi dan dalam hal ini, kita sebagai penjual menjadi mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya