Penguatkuasaan larangan merokok premis makanan dipertingkat

Penguatkuasaan larangan merokok premis makanan dipertingkat

KHAIRY Jamaluddin menyertai aktiviti senaman ketika hadir pada pada Majlis Pemeteraian Kerjasama Promosi Kesihatan Antara Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia dan Rakan Strategik di Wellness Hub, Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Penguatkuasaan undang-undang terhadap larangan merokok di premis makanan dipergiat oleh Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, mana-mana individu yang ingkar dengan larangan tersebut diambil tindakan menerusi penguatkuasaan tersebut.

“Bagaimanapun terdapat banyak kedai makan di Malaysia menyebabkan penguat kuasa Kementerian Kesihatan perlu memantau dan saya berharap satu kerjasama daripada agensi lain untuk turut membantu menguatkuasakan undang-undang merokok di premis makanan. 

“Di negara lain dan cara komuniti mereka untuk mematuhi undang-undang, bagaimanapun, saya tidak tahu kenapa di Malaysia tidak patuh undang-undang malah menghentam penguat kuasa. 

“Saya sudah beri arahan untuk memperhebat lagi penguatkuasaan di kedai makan dan penguat kuasa akan mengeluarkan saman kepada orang ramai yang terlibat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemeteraian Kerjasama Promosi Kesihatan Antara Wellness Hub Kementerian Kesihatan Malaysia dan Rakan Strategik di Wellness Hub, Bagan Pinang, di sini hari ini.

Tambah Khairy, Kementerian Kesihatan akan menambah bilangan operasi melibatkan premis makanan bagi menguatkuasakan undang-undang tersebut. 

“Bagaimanapun, sampai bila saya hendak mengarahkan penguat kuasa untuk memberikan saman. Rakyat Malaysia sendiri mestilah mematuhi undang-undang jangan tunggu saya hantar penguat kuasa baharu hendak mengikut undang-undang larangan merokok. 

“Ya, saya janji akan menambah bilangan operasi di kedai makan namun saya meminta kerjasama orang ramai untuk bekerjasama dalam hal ini. Pematuhan komuniti penting supaya negara ini tidak dikenali sebagai negara yang hanya berhenti merokok apabila sudah dikenakan saman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya