Penantian 16 tahun Jacobellis berbaloi - Utusan Malaysia

Penantian 16 tahun Jacobellis berbaloi

LINDSEY Jacobellis terpaksa menunggu selama 16 tahun untuk meraih emas pertamanya dalam acara luncur papan di Sukan Olimpik Musim Sejuk . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING : Atlet Amerika Syarikat (AS), Lindsey Jacobellis terpaksa menunggu selama 16 tahun untuk meraih emas pertamanya dalam acara luncur papan di Sukan Olimpik Musim Sejuk sejak kali pertama menyertai temasya itu pada 2006 di Turin.

Penampilan Jacobellis di Beijing 2022 merupakan penampilan kelimanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk dan usaha keras, selain kesabaran atlet berusia 36 tahun itu akhirnya berbaloi.

“Jika anda lihat pada senarai atlet, saya sudah pun berada di sekolah menengah ketika mereka semua atlet baharu lahir.

“Saya cuma menganggap diri sendiri sebagai pesaing, malah ia dilakukan sejak kecil lagi. Mungkin kerana samangat yang sentiasa membawa dalam diri saya menjadikan saya terus bersemangat untuk bertanding,” ujarnya.

AKSI Lindsey Jacobellis dalam acara luncur papan di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.- AFP

Jacobellis merupakan antara atlet papan luncur salji terbaik di Olimpik Turin 2006 namun kesilapan pada lompatan kedua di final menyaksikan pingat emas yang sepatutnya menjadi miliknya bertukar kepada perak.

Selepas insiden itu, Jacobellis telah menghabiskan selama bertahun-tahun untuk kembali bangkit daripada kejadian berkenaan.

Pingat emas itu juga merupakan yang pertama disumbangkan oleh dia kepada AS sepanjang bergelar atlet negara tersebut.

““Mungkin saya akan berhenti bermain jika menang pada 2006 lalu kerana sudah mencapai sasaran dan tiada lagi rasa seronok.

“Terlalu banyak tekanan untuk saya mendapatkan pingat emas di sini. Saya pernah menang banyak perlumbaan lain sebelum ini dan itulah cabaran yang perlu dihadapi,” ujarnya yang menjadi atlet tertua menerima pingat dalam acara tersebut.

Jacobellis yang juga juara dunia, sebelum ini pernah tewas dalam perebutan pingat pada temasya di Pyeongchang pada 2018, Sochi (2014) dan Vancouver (2010). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya