Pemimpin PKR bidas hantaran Facebook Muda Kedah - Utusan Malaysia

Pemimpin PKR bidas hantaran Facebook Muda Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Politik baru my foot”. 

Demikian reaksi ringkas seorang wakil rakyat PKR, Tan Kar Hing berhubung satu hantaran Facebook Parti Muda Kedah yang menunjukkan gambar empat logo parti iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan, PKR dan Perikatan Nasional (PN) dengan tulisan ‘Hentikan Korupsi’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai itu dilihat mengeluarkan kenyataan itu dalam satu ciapan Twitter milik beliau hari ini.

Beliau merujuk satu akaun Facebook dipercayai milik Parti Muda Kedah yang didakwa mengeluarkan satu hantaran gambar sekali gus mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan warga net khususnya penyokong PKR.

Gambar itu menunjukkan empat lelaki sambil memegang wang di samping logo keempat-empat parti iaitu BN, PH, PKR dan PH dengan kapsyen ‘Jangan biarkan korupsi binasakan institusi negara.’

Rata-rata netizen kemudian menyifatkan tindakan itu melanggarkan prinsip politik baharu dibawa oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang baharu diluluskan pendaftaran sebagai parti politik tahun lalu.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini itu dan bersedia mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin daripada Muda Nasional.

Katanya, perbincangan bersama Penerangan Muda Kedah mendapati bahawa hantaran itu juga tidak mendapat kebenaran dan sengaja dibuat dengan niat yang tidak baik.

“Maka, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini. Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan Muda Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan Muda,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya