Pemberian vaksin menerusi PICKids Sabah masih rendah

Pemberian vaksin menerusi PICKids Sabah masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hanya 2.35 peratus daripada 411,400 kanak-kanak yang layak menerima vaksinasi Covid-19 di Sabah telah divaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini, hanya 9,686 kanak-kanak telah menerima vaksin manakala, jumlah kanak-kanak yang berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera pula 32,186 orang iaitu kurang 10 peratus daripada jumlah mereka yang layak menerima vaksin.

“Maka, saya nasihatkan ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak berusia antara lima hingga 11 tahun supaya mengambil peluang mendaftarkan anak mereka untuk menerima vaksinasi di bawah PICKids,” katanya semasa majlis pelancaran PICKids peringkat negeri di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (HWKKS), hari ini.

Program PICKids di Sabah bermula sejak 3 Februari lalu di lima hospital iaitu HWKKS, Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Keningau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

Sehingga kini, 145 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk pelaksanaan program PICKids dibuka membabitkan 109 klinik kesihatan, 22 hospital, 18 klinik swasta dan empat PPV awam yang dipantau oleh pakar dan pegawai perubatan.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun ketika sidang akhbar berkata, setakat ini hanya dua kes kanak-kanak yang menerima vaksinasi menunjukkan kesan sampingan ringan seperti gatal-gatal pada badan.

Kedua-dua kes itu masing-masing membabitkan kanak-kanak berusia sembilan dan 11 tahun di Pitas dan Keningau.

“Jika dilihat hanya dua kes yang mempunyai kesan sampingan ringan. Tapi, kita tidak boleh memberi fokus kepada dua kes yang bermasalah sekiranya ada 200,000 lagi kanak-kanak tidak bermasalah.

“Kita kena melihat secara keseluruhan mengenai kebaikan vaksin ini. Kita mahu meyakinkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke semua PPV sama ada melalui janji temu mahupun datang terus (walk-in) bagi memberi perlindungan maksimum kepada anak-anak,” katanya.

Tambah Masidi, bilangan kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 agak tinggi iaitu 445 kes dilaporkan semalam namun, peratusan kanak-kanak menerima vaksin agak rendah.

Mengulas lanjut katanya, varian Omicron menyumbang kepada peningkatan kes yang tinggi di Sabah kerana varian itu tidak semestinya dibawa masuk tetapi ia boleh berlaku melalui proses semulajadi iaitu secara mutasi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya