Pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang direman rasuah RM80,000

Pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang antara 3 direman siasatan kes rasuah RM80,000

SERAMAI tiga individu direman empat bermula hari ini di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan nilai RM80,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pembantu pegawai khas Exco Pulau Pinang berusia 42 tahun antara tiga individu yang ditahan reman selama empat hari bermula hari ini kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000. 

Perintah reman sehingga 12 Februari ini terhadap lelaki berkenaan serta dua lagi iaitu masing-masing lelaki dan wanita itu dikeluarkan Majistret R. Manomani di Mahkamah Majistret di sini selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini. 

Kesemua tertuduh itu merupakan antara enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun yang ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang berhubung kes itu petang semalam. 

Menurut sumber, mereka dipercayai mengemukakan butiran palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam buah syarikat sedangkan program pada 2020 tersebut tidak dilaksanakan. 

“Seramai tiga individu ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan  dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk permohonan reman,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi berkata,  kes disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya