Peluncur cantik Rusia kembali beraksi

Peluncur cantik Rusia kembali beraksi

Kamila Valieva dibenarkan bertanding semula di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing selepas mahkamah tertinggi sukan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Atlet luncur ais remaja Rusia, Kamila Valieva dibenarkan bertanding semula di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing selepas mahkamah tertinggi sukan, semalam berkata dia tidak sepatutnya digantung susulan gagal ujian dadah.

Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) menegaskan atlet berusia 15 tahun itu boleh menyertai acara individu wanita bermula hari ini.

“Tidak membenarkan Valieva bertanding akan menyebabkan kemerosotan prestasinya kerana dia masih muda dan mungkin memberi kesan jangka masa panjang kepadanya.

“Laporan lewat yang diterima bukan salahnya, ketika dia sedang bersaing di Sukan Olimpik Musim Sejuk,” jelas pengarah CAS, Matthieu Reeb.

Valieva memberikan sampel pada 25 Disember tetapi keputusan itu hanya dikeluarkan minggu lalu, selepas dia mengetuai Rusia meraih pingat emas berpasukan.

Dia muncul atlet pilihan untuk meraih emas tetapi terpalit dengan kes doping selepas didapati positif menggunakan ubat jantung yang dilarang sebelum ke temasya itu, lapor media Rusia, sebelum ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum ini, berkata jika Kamila menduduki tiga tempat teratas, upacara penyampaian hadiah akan ditangguhkan sehingga isu doping membabitkan atlet itu selesai.

Bagaimanapun, CAS menolak rayuan daripada IOC, Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa yang mahu penggantungan Kamila dikekalkan selepas ditarik balik oleh pihak berkuasa anti doping Rusia.

“Seluruh negara akan menyokong Kamila esok (hari ini),” kata Jawatankuasa Olimpik Rusia yang mengalu-alukan keputusan berkenaan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa kecewa dengan mesej dihantar hasil keputusan CAS. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya