Pelajar pinjam motor ustaz maut kemalangan

Pelajar pinjam motor ustaz maut kemalangan

KEADAAN motosikal ditunggang Muhammad Ashraf Abdullah (gambar kecil) selepas terlibat kemalangan di Kilometer 197.5 PLUS arah Selatan berhampiran Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pelajar tahfiz maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya  selepas motosikal milik guru yang ditunggang terbabas di Kilometer 197.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, mangsa, Muhammad Ashraf Abdullah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah sekolah tahfiznya di Jasin menghala ke rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan. 

“Setiba di lokasi, kita percaya motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah malam tadi oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil semakan dibuat, motosikal tersebut merupakan milik seorang ustaz yang mengajar di tahfiz berkenaan. 

“Difahamkan mangsa tidak memaklumkan kepada ustaz tersebut untuk menggunakan motosikal itu pulang ke rumahnya. 

“Pemeriksaan di lokasi juga mendapati keadaan di situ gelap tiada lampu jalan,” katanya. 

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya