Pasukan wanita Malaysia buka gelanggang BATC

Pasukan wanita Malaysia buka gelanggang BATC

SKUAD Wanita badminton negara menjalani latihan sebelum turun menentang India, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIA ALAM: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky  mengakui, skuad wanita kebangsaan harus menggandakan usaha untuk muncul juara di peringkat kumpulan bagi mencerahkan peluang layak ke suku akhir.

Skuad wanita negara akan memulakan saingan berdepan India, hari ini dalam aksi Kumpulan Y.

Menurut bekas pemain beregu Indonesia itu, sasaran untuk layak ke peringkat suku akhir adalah realistik memandangkan Jepun dan India yang diundi berada dalam kumpulan sama dengan Malaysia dilihat mampu diatasi oleh pemain kebangsaan.

Tegas Rexy, dengan ketiadaan sebarang kejohanan selama dua tahun berturut-turut di negara ini, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 wajar diambil sebagai pemanas badan terbaik khususnya bagi semua pemain wanita dalam mempersiapkan diri untuk pertandingan lain selepas ini.

“Jika kita lihat, pemain perseorangan wanita kita belum berada di kedudukan (ranking) yang stabil dan mampu menjadi pencabar kepada negara lain malah yang benar-benar kuat buat masa ini hanyalah S. Kisona dan pasangan beregu Pearly Tan-M.Thinaah sahaja.

“Dari segi susunan kekuatan, kita belum mampu menyaingi beberapa pemain seperti dari Hong Kong atau Indonesia. Jadi, jika sudah layak ke suku akhir, itu sudah sangat bagus untuk pasukan wanita,” jelasnya ketika ditemui pada hari terakhir latihan di Pusat Konvensyen Setia City, semalam.

Ujar Rexy, kemampuan untuk menguasai perlawanan di peringkat kumpulan sebenarnya cerah kerana India tidak menurunkan pemain handalan mereka iaitu PV Sindhu.

“Dari segi keyakinan saya, disebabkan India tidak menurunkan pemain utamanya seperti Sindhu, kita ada peluang.

“Yang saya mahu, para pemain beraksi di gelanggang tanpa rasa tekanan, saya mahu mereka melepaskan semua latihan yang telah dibuat selama ini dengan permainan terbaik yang mampu mereka tunjukkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rexy menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur yang menyediakan kelengkapan dewan yang luar dari jangkaannya.

“Kelengkapan yang luas dan selesa di sini menjadikan kami tidak sabar untuk memulakan perlawanan, terlalu bagus dan tahniah kepada pihak penganjur,” ujarnya.

Malaysia menjadi tuan rumah bagi edisi BATC 2022 yang bermula hari ini sehingga 20 Februari di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dari 15 hingga 20 Februari ini dengan mendapatkan tiket secara percuma.

Penganjur dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, tiket-tiket percuma itu boleh ditempah sehari sebelum perlawanan menerusi https://selangorbatc2022.com. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya