Pasukan keselamatan dapat temukan Rayan, bersedia untuk membawanya keluar - Utusan Malaysia

Pasukan keselamatan dapat temukan Rayan, bersedia untuk membawanya keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Pasukan keselamatan berjaya sampai ke lokasi kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah telaga.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Rayan sudah terperangkap di dalam lubang tersebut sejak Selasa lalu.

Ketika ini, pasukan keselamatan akan berusaha mengeluarkan Rayan dan proses itu perlu dilakukan berhati-hati kerana bimbang tanah runtuh boleh berlaku pada bila-bila masa.

Selain itu, pasukan paramedik yang bersedia di lokasi kejadian membuat persiapan untuk membawa Rayan ke hospital dengan segera sebaik sahaja dia dikeluarkan

Dalam pada itu, Rayan disahkan masih hidup dan pasukan paramedik memberikan rawatan kecemasan kepadanya di dalam lubang tersebut.

Ibu bapa Rayan juga dilaporkan masuk ke dalam lubang berkenaan untuk melihat keadaan anak mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya