Pandu laju rekod saman tertinggi di Perak - Utusan Malaysia

Pandu laju rekod saman tertinggi di Perak

OPERASI  yang dijalankan JSPT Perak di seluruh Perak sempena Op Selamat 17/2022 semalam. - IHSAN PDRM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Saman kerana memandu melebihi had laju merekodkan jumlah tertinggi saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Perak dalam operasi yang dijalankan sempena Op Selamat 17/2022, semalam.

Timbalan JSPT Perak, Deputi Superintenden Roslan Mohamed@Ab. Aziz berkata, sebanyak 1,607 saman membabitkan kesalahan tersebut diikuti nombor pendaftaran kenderaan (31 kes), tali pinggang keledar (25 kes) dan tiada lesen memandu (11 kes).

Katanya, kesalahan lain pula membabitkan tiada lesen kenderaan motor (LKM) dengan lapan saman, ubahsuai ekzos (tujuh kes), cermin sisi (lima kes), topi keledar (empat kes) dan tiga saman bagi kesalahan lesen tamat tempoh, lampu isyarat merah, lampu brek ketiga dan tidak pamer P.

“Sepanjang operasi itu, sebanyak 1,715 saman dikeluarkan yang mana memandu melebihi had laju mendominasi jumlah keseluruhan dengan 1,607 saman. Dalam operasi sama, kebanyakan saman dikeluarkan kepada pemandu kereta iaitu 1,204 kes diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan 214 kes, pacuan empat roda (205 kes) dan motosikal (43 kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Roslan, operasi selama 12 jam bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam itu diadakan di 11 lokasi di seluruh negeri dengan penglibatan enam pegawai kanan dan 40 anggota.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, dua lelaki ditahan setelah didapati positif dadah jenis THC dan methamphetamine dalam operasi di sekitar Manjung semalam. Lelaki berusia 47 dan 21 tahun itu ditahan selepas gagal dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya