Pan Gon intai peluang ke Piala Dunia - Utusan Malaysia

Pan Gon intai peluang ke Piala Dunia

BARISAN kejurulatihan baharu Harimau Malaya yang diketuai Kim Pan-Gon bersedia menggalas tanggungjawab membentuk pasukan kebangsaan.- UTUSAN/ FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon menaruh impian besar pasukan Harimau Malaya. Selain meningkatkan prestasi beliau juga mahu intai peluang membawa skuad itu ke Piala Dunia.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan, sembilan slot mungkin menjadi milik pasukan dari Asia untuk ke Piala Dunia pada masa akan datang.

Untuk itu akan cuba untuk melakukan persediaan ke arah berkenaan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Hong Kong itu bagaimanapun menegaskan dia perlu membina asas yang kukuh terlebih dahulu untuk Harimau Malaya. Ini termasuk membantu dari aspek pembangunan pemain muda.

“Selepas Piala Dunia kali ini, mungkin Piala Dunia yang seterusnya, Asia mungkin mempunyai sembilan posisi untuk pusingan akhir Piala Dunia. Jadi, saya fikir saya cuba bersedia untuk itu.

“Sudah pasti dalam jangka pendek saya perlu berikan keputusan yang positif. Saya akan cuba yang terbaik dan saya juga perlukan perancangan jangka panjang untuk membantu pemain muda bagi berkembang dengan baik,” katanya.

Pan Gon berkata demikian pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di sini, semalam.

Harapan besar

Pada majlis itu, dia turut memperkenalkan empat pembantunya iaitu Pau Marti Vicente selaku penolong jurulatih, Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi pasukan).

Harapan besar diletakkan peminat ke atas bahu Pan-Gon untuk membawa perubahan buat Harimau Malaya terutama selepas kekecewaan di Piala AFF 2020 hujung tahun lalu.

Malah, pengendali berusia 52 tahun itu juga tampak bersemangat untuk meningkatkan mutu persembahan Harimau Malaya dan menggembirakan penyokong skuad negara.

Perlawanan persahabatan menentang Filipina pada 23 Mac ini merupakan ujian pertama buat pengendali Pan-Gon.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan memaklumkan selain berdepan Filipina pada 23 Mac di Singapura, skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Singapura selang tiga hari kemudian.

Kedua-dua perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persediaan dan persediaan pasukan menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

Dalam pada itu, peminat bola sepak tempatan menerima berita gembira apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bagaimanapun belum menerima keputusan rasmi daripada AFC mengenai keputusan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah aksi kelayakan berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya