Operasi bazar Ramadan di Negeri Sembilan dibenarkan  - Utusan Malaysia

Operasi bazar Ramadan di Negeri Sembilan dibenarkan 

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan,  hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penganjuran operasi bazar Ramadan pada tahun ini namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, SOP dan senarai lokasi bazar Ramadan kali ini mengguna pakai apa yang sedia ada seperti tahun lalu.

“Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah membentangkan kepada saya dua minggu lalu berkenaan senarai dan prosedur, sama seperti tahun lepas. Mereka telah adakan rundingan dengan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan dengan penganjuran bazar Ramadan ini. 

“Bazar Ramadan sedia untuk diadakan pada tahun ini. Namun saya berharap harga yang dijual peniaga nanti tidak membebankan pengguna, saya tidak mahu mendengar rungutan seperti kurang pelanggan yang datang ke bazar Ramadan susulan harga barangan yang naik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma negeri di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Aminuddin menyambut baik cadangan daripada Majlis Pemulihan Negara (MPN) supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Saya rasa ia satu pandangan dan perkara yang baik. Ini adalah cara untuk meningkatkan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19, walaupun kes semakin tinggi namun SOP harus dipertingkat. Bagi mereka yang datang daripada luar negara perlu ada SOP dan mempunyai sijil vaksinasi yang sah.  Saya amat mengalu-alukan kerana pembukaan ini membuka peluang ekonomi dan pelancongan termasuk kepada pemandu pelancong, syarikat bas dan agensi pelancongan yang melibatkan pelancongan negara luar,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya