PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka membuat pengumuman penting khususnya membabitkan gelombang varian Omicron pada petang ini.
Beliau dijangka membuat pengumuman dalam sidang media pada pukul 5 petang.
“Beberapa pengumuman penting pada PC (sidang media) jam 1700hrs (5 petang) hari ini. Some key Omicron updates at my weekly PC 1700hrs today. (Beberapa perkembangan terbaharu Omicron dalam sidang media hari ini,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan bilangan jangkitan Covid-19 boleh mencecah sehingga 22,000 kes menjelang akhir Mac tahun ini apabila nilai kebolehjangkitan (Rt) negara mencatatkan 1.20. – UTUSAN