OCA Clifford Kuala Kangsar komited bantu rakan terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

OCA Clifford Kuala Kangsar komited bantu rakan terjejas Covid-19

MIOR Faridalathrash Wahid (depan) antara bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford yang menyertai program Kayuhan Reunion di Dataran Pavillion Kuala Kangsar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Prihatin dengan nasib pelajar dan bekas pelajar yang terkesan dengan pandemik Covid-19, Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA Clifford) komited untuk membantu mereka yang terjejas.

Presidennya, Datuk Sallehuddin Saidin berkata, pihaknya sedia menyalurkan bantuan dan sokongan termasuk dari segi ekonomi mahupun akademik pelajar.

Malah katanya, OCA Clifford kini sedang merencanakan pelbagai program bagi membantu mereka yang terlibat.

“Antara program yang sedang diaturkan adalah program kemasyarakatan di mana kami selaku bekas pelajar, akan bersama-sama membantu rakan lain dan pelajar-pelajar yang kini sedang bersekolah.

“Kita sedia maklum, ramai bekas pelajar dan pelajar sedia ada mengalami masalah ketika negara dilanda Covid-19 dan kemelesetan ekonomi, di sinilah peranan OCA Clifford untuk menyantuni mereka yang mempunyai masalah,” katanya ketika ditemui pada program Kayuhan Reunion anjuran Cliffordian Cycle Team (CCT) dan OCA Clifford di Dataran Pavillion di sini hari ini.

Pada program tersebut, seramai 70 bekas pelajar termasuk Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menyertai kayuhan berbasikal sejauh 70 kilometer yang bermula dari Dataran Pavillion.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga mengambil berat akademik pelajar sedia ada dengan mengatur pelbagai program akademik dan kerjaya bagi meneruskan kecemerlangan sekolah yang kini berusia 125 tahun.

“Di samping itu, kita juga akan cuba membantu mereka yang tamat sekolah untuk melanjutkan pelajaran di universiti berdasarkan prestasi dan kelayakan serta lepasan universiti mendapatkan pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya