NS Antlers perlu kurang lakukan kesilapan - Utusan Malaysia

NS Antlers perlu kurang lakukan kesilapan

AMINUDDIN Harun (dua, kiri) dan Wan Mohd. Husni (empat dari kiri) menyampaikan piala dan hadiah kepada pemenang kategori veteran pada Temasya Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Paroi, Seremban baru-baru ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan (NS) Antlers perlu kurang melakukan kesilapan terutama di hujung perlawanan apabila memasuki pusingan kedua Liga Premier, Emas Anuar Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, selepas tamat pusingan pertama, NS Antlers berada di landasan tepat untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

Bagaimanapun katanya, pemain perlu mengurangkan kesilapan ketika memburu mata di hujung setiap perlawanan agar sasaran tersebut dapat dicapai.

“NS Antlers kini di landasan tepat, berada kedudukan keempat dan akan terus mendaki untuk sasarkan kedudukan lebih baik. Musim lalu kami di kedudukan keempat dan memasuki pusingan kedua, kami sasar kedudukan ketiga teratas.

“Setiap pasukan saya dapati tidak jauh berbeza tahap permainan masing-masing, cuma yang membezakan ialah kekurangan melakukan kesilapan. Mana-mana pasukan yang kurang lakukan kesilapan terutama di hujung mata, mereka ada kelebihan.

“Pemain pasukan NS Antlers perlu selalu lakukan kesilapan bermula mata ke 14 sehingga ke 21, jadi saya harap pusingan kedua ini perkara tersebut kena berjaga-jaga,” katanya.

Tamat pusingan pertama, NS Antlers kini berada di kedudukan keempat dengan mengutip 10 mata, enam mata di belakang pendahulu, ATM Guardians. Kuala Lumpur (KL) Thunder dan Putrajaya Cyborg yang masing-masing terikat dengan 12 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya