Nelayan gempar temukan mayat reput - Utusan Malaysia

Nelayan gempar temukan mayat reput

MAYAT lelaki yang ditemui terapung oleh nelayan di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Penduduk di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki yang reput ditemukan berdekatan jeti nelayan kampung itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu disedari beberapa nelayan yang melihat mayat berkenaan terapung di Sungai Klang tersebut.

Ketua nelayan kampung itu, Satarudin Kamal, 54, berkata mayat lelaki yang hanya berseluar dan berkasut dijumpai kira-kira 100 meter dari jeti.

Katanya, dia bersama beberapa nelayan dan polis kemudian bertindak menarik mayat berkenaan dengan menggunakan bot. 

“Keadaan mayat lelaki itu dilihat sudah reput dan berbau busuk. Mayat berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Tambah Satarudin, ia penemuan pertama nelayan di kawasan jeti berkenaan pada tahun ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Identiti lelaki itu belum dikenalpasti dan pemeriksaan awal mendapati mayat  berkenaan sudah reput.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya