Nasib Sterling ditangan kelab bukan Guardiola - Utusan Malaysia

Nasib Sterling ditangan kelab bukan Guardiola

RAHEEM STERLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola memuji sumbangan menakjubkan penyerangnya, Raheem Sterling musim ini dan memberitahu sebarang keputusan mengenai masa depan pemain kebangsaan England itu akan dibuat oleh pihak kelab.

Sterling meledak hatrik kelmarin ketika kemenangan 4-0 ke atas Norwich City dalam aksi Liga Perdana ketika juara bertahan itu melebarkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Pemain berusia 27 tahun muncul penjaring terbanyak City musim ini dengan 10 jaringan liga, masih mempunyai kontrak hingga Jun 2023 tetapi dikhabarkan pada Oktober dia berhasrat meninggalkan kelab itu dan berpindah ke liga luar Britain.

“Saya mengenali Raheem sejak enam musim. Saya sangat memahaminya, musim ini dia sangat menakjubkan dalam menghasilkan gol dan mencipta bantuan jaringan. Malah dia memberi sumbangan besar buat pasukan.

“Jika kita kira jumlah perlawanan di mana dia beraksi sejak kami bergandingan bersama ia sangat banyak. Dia adalah pemain utama. Masa depan? saya tidak tahu apa akan berlaku. Ia keputusan kelab.

“Apabila kelab melanjutkan kontrak, saya memberikan pendapat tetapi kelab sentiasa membuat keputusan terakhir,” kata Guardiola kepada laman web City.

City berada di puncak carta liga dengan 63 mata selepas 25 perlawanan, sembilan mata mengatasi Liverpool yang mempunyai satu baki perlawanan dalam tangan.

Anak buah Guardiola akan berkunjung ke Sporting Lisbon bagi aksi pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara pada awal pagi esok ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya