Nasib 1,500 penternak bagai telur di hujung tanduk - Utusan Malaysia

Nasib 1,500 penternak bagai telur di hujung tanduk

LEE Yoon Yeau memeriksa telur ayam yang dikeluarkan kilangnya di Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Nasib 1,500 penternak ayam penelur bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ selepas terpaksa terus menanggung kerugian sekitar RM30 juta sehari, susulan penetapan harga telur bawah kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), bulan lalu.

Timbalan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau berkata, sehingga kini kumpulan peladang belum menerima subsidi dijanjikan, meskipun telur kini dijual pada harga 40 hingga 44 sen sebiji di peringkat runcit.

Katanya, susulan itu beberapa pembekal kecil telah ‘gulung tikar’ kerana tidak mampu menanggung kos kerugian mencecah 10 sen bagi sebiji telur.

“Sebenarnya peladang ayam penelur telahpun menanggung kerugian sejak dua tahun lalu akibat Covid-19.

“Kini kami belum dengar apa-apa berita daripada kerajaan mengenai subsidi dijanjikan setelah menetapkan harga runcit baharu yang telah mengakibatkan peladang rugi sehingga 10 sen bagi setiap biji telur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Jelasnya, kesemua peladang tersebut mengeluarkan kira-kira 31 juta telur sehari dengan kos pengeluaran sebiji adalah antara 36 sehingga 40 sen mengikut ladang.

Tambahnya, beberapa pemilik ladang juga terpaksa menggadaikan harta benda termasuk kediaman untuk memastikan survival syarikat masing-masing.

“Kami memang dah tak boleh bertahan, ada yang sampai menjual rumah, tanah, buat hutang dengan pembekal dan pelbagai lagi semata-mata mengenangkan telah menjalankan perniagaan ini lebih 40 tahun.

“Kami kini meneruskan perniagaan atas ihsan pembekal dan bank yang memberikan masa untuk melunaskan tunggakan hutang yang ada,” katanya.

Ujarnya lagi, pihaknya tidak meminta kerajaan menaikkan harga telur semata-mata, kerana pelbagai kaedah lain dapat dibincangkan bersama termasuk penanaman jagung bagi mengurangkan kos dedak import. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya