Mustahil Messi, Ronaldo bergabung

Mustahil Messi, Ronaldo bergabung

messi
MESSI dan Ronaldo tidak mungkin akan bermain dalam pasukan yang sama kerana kedua-dua pemain itu tidak mempunyai hubungan begitu baik.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Khabar angin yang hangat diperkatakan mengenai Paris Saint Germain (PSG) bakal menandatangani Cristiano Ronaldo mungkin perkara mustahil memandangkan dia dan seterunya, Lionel Messi tidak mahu bermain bersama.

Penyerang berusia 37 tahun itu, sebelum ini menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Manchester United jika Red Devils gagal layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Jika dia meninggalkan Old Trafford, beberapa pasukan seperti PSG, Bayern Munich dan Roma menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Perpindahan ke Les Parisiens mungkin adalah pilihan yang wajar sekiranya Kylian Mbappe menuju ke Real Madrid.

Menurut pakar perpindahan pemain Gianluca Di Marzio, perpindahan itu tidak akan berlaku kerana Ronaldo dan Messi tidak mahu menjadi rakan sepasukan.

“Saya tidak rasa Messi mahu bermain dengan Ronaldo dan Ronaldo juga tidak mahu bermain dengan Messi.

“Saya juga berpendapat PSG tidak mahu pasangan itu bergandingan kerana hubungan mereka yang tidak berapa baik.

“Kejutan sentiasa ada dalam bola sepak tetapi saya jangka perpindahan itu tidak akan terjadi,”ujarnya.

Tambahnya kehadiran Ronaldo ke dalam pasukan yang memiliki Messi dan Neymar akan mencetuskan masalah dalam bilik persalinan.

“Ini kerana Messi dan Ronaldo adalah ‘primadona.’ Mereka mahu jadi yang pertama dan tidak mungkin kedua-dua pemain itu bersama.

“Begitu juga dengan Neymar tetapi hubungannya baik dengan Messi. Kehadiran Ronaldo dalam pasukan, saya tidak rasa PSG mahu menimbulkan masalah dalam bilik persalinan.

“Malah keadaan juga akan menjadi sukar di atas padang. Memiliki ketiga-tiga pemain seperti mereka akan memberi kesukaran kepada jurulatih,” jelasnya. –AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya