Mufti Wilayah kongsi formula Malaysia kekal perpaduan - Utusan Malaysia

Mufti Wilayah kongsi formula Malaysia kekal perpaduan

LUQMAN Abdullah ketika berkongsi pengalaman Malaysia pada persidangan antarabangsa anjuran Kementerian Waqaf Mesir di Kaherah kelmarin. - PEJABAT MUFTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah hampir setahun berkunjung ke Mesir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah sekali lagi melawat negara itu namun kali ini situasinya agak berbeza.

Beliau dijemput mewakili Malaysia sebagai salah seorang ahli panel dalam sesi diskusi pada persidangan antarabangsa anjuran Kementerian Waqaf Mesir di Kaherah kelmarin.

Menurut kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, acara tahunan kali ke-32 itu dihadiri perwakilan termasuk mufti, pemikir dan cendekiawan Islam daripada lebih 50 negara.

“Beliau berkongsi formula dan kisah pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang aman dan sejahtera walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum dan kepercayaan,” katanya.

Ini merupakan lawatan rasmi kedua beliau ke negara itu setelah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan kelapan pada 15 Mei 2020, menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Pada 17 Mac 2021 lalu, Luqman hadir buat julung kali menjadi antara tetamu kehormat dalam persidangan kali ke-31 tersebut yang turut ditemani timbalannya, Jamali Mohd. Adnan.

Beliau kemudian melakukan kunjungan hormat ke atas Dr. Ahmed El-Tayyib, iaitu Syeikh Al-Azhar ke-50 sejak institusi feqah terulung dunia moden Islam itu diwujudkan pada 1679.

Sesi pembentangan tersebut melibatkan peserta perwakilan asing antaranya dari Amerika Syarikat, Australia, Chad dan Kazakhstan.

“Beliau menjelaskan konteks seruan dakwah kepada bukan Muslim di Malaysia berdasarkan konsep tiada paksaan dalam beragama sebagai kaedah penyebaran syiar Islam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya