Mohd. Na`im mohon penghakiman ingkar terhadap Lokman

Mohd. Na`im mohon penghakiman ingkar terhadap Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memohon agar satu penghakiman ingkar dikenakan terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Penghakiman ingkar merupakan satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh plaintif selepas defendan (individu yang disaman) gagal memasukkan kehadiran atau memfailkan pembelaan mengikut masa yang ditetapkan.

Permohonan tersebut difailkan oleh firma guaman, Tetuan Akberdin & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi media, mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan permohonan itu difailkan selepas defendan (Lokman) gagal memfailkan pembelaannya.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan, Mohd. Na’im yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa defendan, Lokman telah membuat dua siaran langsung mengandungi kenyataan berbaur fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 10 dan 13 Januari lalu.

Rakaman rakaman kedua-dua siaran langsung itu kemudian telah dimuat naik ke laman Youtube milik defendan.

Menurut plaintif, berdasarkan hantaran (posting) yang dibuat oleh defendan, Lokman antara lain telah menggambarkan Mohd. Na’im telah membuat gangguan seksual ke atas beberapa wanita termasuk seseorang bergelar Datin, tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie, mempunyai akhlak yang buruk dan menyebabkan negara dilanda musibah.

Hantaran-hantaran tersebut juga didakwa menyebabkan kredibiliti, maruah dan reputasi Mohd. Na’im terjejas serta mengundang kecaman dan kebencian daripada orang awam yang melihat rakaman dan membaca hantaran tersebut membuat andaian.

Mohd. Na’im antara lainnya menuntut agar Lokman membuat permohonan maaf terhadap plaintif dan akan disiarkan ke laman-laman sosial milik defendan dan juga portal berita serta media tempatan.

Plaintif juga memohon satu ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing sebanyak RM10 juta berserta faedah sebanyak lima peratus atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Turut dimohon ialah kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya