Masjid, surau di Johor tetap ambil bacaan suhu

SOP: Masjid, surau di Johor tetap ambil bacaan suhu

MOHD. ROFIKI SHAMSUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Prosedur operasi standard (SOP) norma baharu seperti imbasan suhu masih berkuat kuasa di masjid dan surau seluruh negeri ini walaupun kerajaan telah membuat keputusan bahawa ia tidak lagi diwajibkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Mohd. Rofiki Shamsuddin berkata, sebarang perubahan hanya akan dimaklumkan dalam satu kenyataan secara rasmi oleh jabatan itu.

Menurut beliau, SOP berkenaan pencegahan penularan pandemik Covid-19 di rumah ibadat masyarakat Islam di negeri ini di bawah bidang kuasa pihaknya.

“Sehubungan dengan itu, imbasan suhu, imbasan suhu, daftar Mysejahtera atau buku pendaftaran masih berkuat kuasa di masjid dan surau. JAINJ akan mengeluarkan kenyataan rasmi sekiranya berlaku perubahan SOP di masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 20 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata penggunaan pengimbas suhu selepas ini tidak akan diwajibkan untuk masuk ke mana-mana premis.

Katanya, cukup sekadar mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya