Maritim Malaysia ganti aset usia 30 tahun ke atas - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia ganti aset usia 30 tahun ke atas

UNIT Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia melakukan demonstrasi Visit, Board, Search and Seizure (VBSS) sempena sambutan ulang tahun Maritim Malaysia ke-17 di sekitar perairan Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menggantikan aset-aset berusia 40 tahun ke atas bagi meningkatkan keupayaan operasi menjaga keselamatan pesisir pantai negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kebanyakan kapal-kapal milik Maritim Malaysia sudah berusia lebih 30 tahun seperti KM Siangin dan KM Amanah serta KM Langkawi yang berusia lebih 40 tahun.

Katanya, tiga buah kapal yang dijadualkan disiapkan sebuah syarikat tempatan sejak empat tahun lalu sepatutnya sudah siap dua tahun lepas tetapi terlewat disebabkan ketidakmampuan syarikat terbabit.

Tambahnya, dalam tempoh terdekat pihaknya akan mendesak agar kapal terbabit dapat disiapkan namun ia perlu siap dengan komitmen yang tinggi.

“Maritim Malaysia bukan hanya mengawal pesisir pantai tetapi boleh menjaga keselamatan negara dengan kapal-kapal yang digunakan terbukti mampu membantu, jika perlu, bagi menjaga pertahanan negara. Selepas 17 tahun beroperasi, ada peningkatan dari segi apa yang diperlukan, walaupun tidak mencukupi tetapi bersedia dengan aset yang ada.

“Kita perlukan aset yang lebih baik dan canggih selepas ini, kapal-kapal (yang digunakan) begitu lama dan Maritim Malaysia dalam perancangan untuk memastikan aset-aset dapat diperoleh secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas meraikan sambutan hari ulang tahun ke-17 Maritim Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som.

Sambutan ulang tahun ke-17 Maritim Malaysia menyaksikan acara lintas hormat aset laut dan udara di Perairan Selangor.

Konsep sambutan secara ‘fleet review‘ itu julung kali diadakan melibatkan 10 kapal termasuk dua kapal pesisir luar pantai iaitu KM Arau dan KM Pekan, enam pesawat udara serta lapan bot.

Hamzah memberitahu, Maritim Malaysia juga bercadang menambah tiga helikopter pada masa hadapan apabila aset sedia ada hanya boleh beroperasi selama empat jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya