Malaysia tumbangkan juara bertahan, Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia tumbangkan juara bertahan, Jepun

BEREGU wanita negara, Valeree Siow dan Pearly Tan menunjukkan riak puas hati selepas berjaya menundukkan pasangan Jepun, Rui Hirokami dan Yuna Kato, pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022, di Pusat Konvensyen Setia City, di sini harı ini.UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sekalipun dikejutkan dengan berita pemain beregu, Thinaah Muralitharan disahkan positif Covid-19, skuad wanita negara masih mampu mengukir kemenangan 3-2 ke atas Jepun dalam aksi Kumpulan Y pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 di Pusat Konvensyen Setia City dekat sini, sebentar tadi.

Dalam perlawanan pembukaan, Malaysia bagaimanapun kecundang dalam dua aksi pertama membabitkan perseorangan wanita, Kisona Selvaduray dan Eoon Qi Yuan.

Kisona tunduk kepada Nidaira Natsuki apabila tewas straight set 12-21, 16-21, manakala, Qi Yuan pula terpaksa akur dengan Riko Gunji 17-21, 6-21.

PEMAIN perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini berjaya mengejutkan pemain Jepun, Hina Akechi, pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022, di Pusat Konvensyen Setia City, di sini harı ini. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Ketinggalan 0-2, Malaysia berada diambang kekalahan dan pemain remaja, Siti Nurshuhaini Azman yang menjadi pertaruhan negara secara tiba-tiba menggalas tugas berat untuk mencuri satu mata daripada Jepun.

Amanah tersebut berjaya digalas dengan baik oleh pemain berusia 18 tahun itu apabila dia mengalahkan Hina Akechi 21-16, 22-20.

Kemenangan itu kembali menghidupkan peluang Malaysia untuk melakar kemenangan sulung dengan kedudukan 1-2.

Umpama tonik selepas kemenangan Nurshuhaini, gandingan Veleree Siow-Pearly Tan yang turun sebagai beregu No. 1 Malaysia diberi tentangan hebat sebelum mereka menang ke atas pasangan Jepun, Rul Hirokami-Yuna Kato 24-22, 21-18 dan sekali gus, mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Membawa misi penting untuk mencipta kemenangan ke atas juara bertahan tersebut, Anna Cheong-Teoh Mei Xing melunaskan tanggungjawab berat itu apabila mengetepikan cabaran Hina Akechi-Riko Gunji 21-12, 21-5.

Nurshuhaini ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, dia sebenarnya berasa takut apabila menyaksikan dua seniornya tewas dalam perlawanan masing-masing.

“Melihat mereka tewas, saya jadi takut. Tetapi selepas itu, saya hanya fokus pada permainan dan syukur saya menang,” katanya.

Sementara itu, pemain beregu, Anna ketika ditemui pula berkata, dua kemenangan yang dicatat Malaysia sebelum turun ke gelanggang telah memberi suntikan semangat kepada mereka untuk memburu kemenangan.

“Melihat mereka berjaya menjadikan kedudukan 2-2, kami semakin bersemangat untuk menang.

“Kami berusaha memberikan yang terbaik dan fokus mata demi mata,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya