Luno, penaja kripto rasmi Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia

Luno, penaja kripto rasmi Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia

AHLI Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Saiful Mat Sapri (tiga, kiri) bergambar bersama Pengurus Besar SEA dan Australia Luno, David Low (tiga, kanan) pada Majlis Perasmian Tajaan Luno bagi Liga Malaysia di 1 Powerhouse hari ini. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam (dua, kiri), Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang (kanan), Pengurus Pemasaran, Luno Malaysia, Scarlett Chai (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Komersial MFL, Winnie Chan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan kerjasama dengan syarikat bursa aset digital, Luno rakan pelaburan kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Perjanjian bernilai RM1 juta itu akan berlangsung selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab, imej pemain dan pengaktifan jenama di stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, kerjasama ini membawakan imej menarik kepada Liga Malaysia dan capaian yang ditawarkan oleh Liga Malaysia kepada jenama-jenama komersial.

“Saya ingin mengalu-alukan rakan MFL Luno yang menawarkan sebuah platform selamat untuk rakyat Malaysia mula melabur dalam kriptowang.

“Memandangkan dunia telah pun menerima kriptowang, kerjasama ini membuka masa depan yang serba baru untuk keluarga rakan MFL dengan kerjasama yang amat luar biasa ini dan terima kasih Luno atas keyakinan terhadap bola sepak Malaysia,” katanya ketika merasmikan masjlis pengumuman itu di Hotel Avante, Petaling Jaya semalam.

Kerjasama itu merupakan kerjasama pertama Luno ke dalam industri sukan tempatan dan Luno begitu komited untuk menyokong arena bola sepak tempatan menerusi aktiviti interaktif di antara kelab, pemain dan komuniti bola sepak.

Sementara itu, Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang berkata, kerjasama ini memberikan peluang besar untuk melibatkan diri dengan khalayak baru dan mengangkat jenama kami di kalangan rakyat Malaysia untuk menerokai dunia kriptowang.

“Liga Malaysia mempunyai lebih 13 juta peminat, misi kami adalah untuk meletakkan kuasa kripto ke dalam tangan semua orang dengan cara mudah diakses dan selamat serta kerjasama ini adalah salah satu daripada langkah mencapai matlamat ini di Malaysia.

“Pada masa sama, Luno turut menyokong usaha untuk mempromosikan bola sepak Malaysia dengan harapan untuk menaikkan lagi prestij bola sepak kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya