Lori tangki bawa diesel terbabas, pemandu maut - Utusan Malaysia

Lori tangki bawa diesel terbabas, pemandu maut

LORI tangki bawa muatan diesel terbabas di Ladang Bagahak, Lahad Datu semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pemandu lori yang membawa muatan diesel maut dan kelindan lori cedera parah apabila lori tangki dinaiki terbabas di bahu jalan di kawasan Ladang Bagahak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa Mohd. Said Rusli, 44, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala rakannya mengalami cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 41 kilometer dari balai.

Apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam menggunakan jentera jengkaut sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang mangsa maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah. Mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada anggota penyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam.

“Mayat seorang lagi mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 12.24 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya