Lipatan Sejarah: Simbol agama diharamkan dalam pilihan raya - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Simbol agama diharamkan dalam pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA  5 Februari 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan mengemukakan suatu rang undang-undang (Pindaan Pilihan Raya) untuk mengharamkan penggunaan simbol-simbol agama dan mazhab atau simbol-simbol yang diluar tatasusila moral oleh semua pihak.

Rang undang-undang yang dibentang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Haji Mohamad Yaakob di Dewan Rakyat ini memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak meluluskan apa-apa simbol yang berkaitan dengan perkara yang dinyatakan.

Menurutnya, eksploitasi terhadap agama lebih merbahaya dari perkara sensitif yang lain.

Antara peristiwa lain yang menarik:

* 5 Februari 1973 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berkata rakyat memerlukan pendapatan purata RM250 – RM300 sebulan agar keluar dari kemiskinan yang berpendapatan RM50 – RM60 sebulan pada masa ini.

* 5 Februari 1975 – Biduanita Mesir, Umi Kalthom, 76 tahun meninggal dunia di Kaherah setelah mengidap penyakit cucuran darah di otak selama lima hari.

* 5 Februari 1985 – Rangkaian Pertama TV Malaysia akan memulakan siarannya pada pukul 10 pagi setiap hari Ahad mulai Mac depan.

* Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya