5 negeri ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari - Utusan Malaysia

5 negeri ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY 3 Attachments
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa tempat di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Putrajaya dan Melaka. 

“Selain itu, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga 12:00 tengah hari; Khamis, 10 Februari,” jelasnya. 

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada pukul 7.50 pagi, hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya