Liga Malaysia: Masih tidak boleh makan, minum dalam stadium

Liga Malaysia: Masih tidak boleh makan, minum dalam stadium

Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Saiful Mat Sapri (tiga, kanan) bersama Pengurus Besar SEA dan Australia Luno ,David Low (tiga, kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Tajaan Luno bagi Liga Malaysia di Petaling Jaya,semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga permintaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di dalam stadium ditolak oleh pihak Kerajaan selepas mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 di Malaysia.

Permintaan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan keselesaan setiap penyokong yang hadir ke stadium dan juga memastikan proses Liga Malaysia (Liga M) berjalan dengan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, kebenaran untuk makan dan minum di stadium dan juga penggunaan peraturan antarabangsa dimana pemain yang mempunyai kontak rapat Covid-19 tetapi negatif dibenarkan untuk bermain tidak mendapat jawapan diingini daripada Kerajaan.

“MFL mahu memastikan keselesaan seperti kebenaran makan dan minum untuk penyokong di dalam stadium tetapi sehingga ke hari ini, kita tidak mendapat jawapan yang positif daripada kerajaan.

“Kita juga telah meminta untuk menggunakan peraturan antarabangsa kerana itu dapat mengelakkan pasukan kehilangan pemain dalam beberapa perlawanan.

“Perkara itu terjadi di kejohanan Piala AFF tahun lalu dimana dua pemain berkongsi bilik tetapi yang positif dikuarantinkan manakala negatif boleh teruskan saingan.

“Walau bagaimanapun, MFL sebagai badan pengelola liga mahu memastikan penularan Covid-19 tidak berleluasa serta perlu menerima bahawa peraturan tersebut adalah untuk keselamatan semua orang,” katanya ketika merasmikan masjlis pengumuman Luno sebagai penaja rasmi Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia di sini, semalam.

Saingan Liga Super dijadualkan bermula pada 4 Mac manakala perlawanan pembukaan Liga Perdana akan diadakan mulai 5 Mac depan.

Mengulas lanjut, Stuart berkata, beliau percaya semua pasukan mengambil serius terhadap SOP ditetapkan dan MFL juga telah melaksanakan jadual perlawanan dengan mengambil kira SOP dengan membuat jarak dan ruang antara setiap perlawanan.

“Peraturan kuarantin selama lima hingga tujuh hari adalah sangat baik daripada 14 hari dan ini dapat mengelakkan pasukan daripada terlepas banyak perlawanan seperti sebelum ini.

“Tiga hari sebelum hari perlawanan, setiap pasukan perlu menghantar keputusan ujian Covid-19 dan langkah tersebut akan berterusan sehingga tamat musim,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya