Liga M 2022, 'zero' isu pengadil

Liga M 2022, ‘zero’ isu pengadil

MUTU pengadilan antara faktor utama dalam memastikan perjalanan permainan lancar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan sedaya upaya memastikan kualiti pengadilan berada di tahap terbaik menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) 2022. Ia bermula dengan ingatan kepada puluhan pengadil agar sentiasa mengadili perlawanan dengan sebaiknya.

Saingan Piala Sumbangsih akan menjadi pembuka kepada kempen Liga M musim ini yang bakal menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Kuala Lumpur City (KL City). Ia berlangsung di Stadium di Iskandar Puteri pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, sebenarnya kualiti pengadilan tidaklah seteruk yang digambarkan. Ini kerana, daripada 132 perlawanan musim lalu hanya 12 laporan diterima oleh badan induk bolasepak negara berkenaan.

“Daripada 132 perlawanan hanya 12 laporan diterima iaitu lima laporan daripada satu pasukan, empat (satu pasukan) dan tiga pasukan-pasukan lain.

“Segi peratusan baharu 99 peratus. Sudah tentu kita akan sentiasa meningkatkan kualiti pengadilan dengan memberi mereka kursus dan latihan kecergasan.

“FAM memang ambil serius perkara ini dan kalau boleh nak ‘zero isu’ (atau tiada langsung kontroversi membabitkan mutu pengadilan). Tetapi kalau ada kita akan ambil tindakan tegas seperti gantung tiga bulan dan turunkan ke liga bawahan,” katanya.

Dalam pada itu, Sivasundaram turut menyangkal dakwaan bahawa pengadil dikawal oleh ‘tangan ghaib’ sehingga berlaku keputusan berat sebelah dalam sesuatu perlawanan Liga Malaysia.

“Perkara ini saya tidak setuju bila ada mendakwa campur tangan luar. Kita ada markah untuk mereka (pengadil) dan guna peraturan yang dibuat FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

“Semua ada pendapat masing-masing, mereka pengadil manusia biasa dan pasti akan buat salah dan kita di FAM akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kesalahan dilakukan.

“Saya juga harap pasukan terutama pemain dan pegawai memberi kerjasama sebaik mungkin dan biarkan pengadil melakukan kerja mereka,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya