Lelaki Nepal maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu - Utusan Malaysia

Lelaki Nepal maut terjatuh dalam mesin pengisar kayu

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam mesin pengisar kayu dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai, Nilai, Seremban pagi tadi. - GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terjatuh dalam mesin pengisar kayu di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai dekat sini pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fadli Abd. Wahab berkata, mangsa dikenali sebagai Sheikh Amirul Haque, 40.

Menurut beliau, pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.13 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati seorang lelaki meninggal dunia di dalam sebuah mesin pengisar kayu. Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan oleh Kementerian Kesihatan. Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya