Larangan main mercun sempena Chap Goh Mei 

Larangan main mercun sempena Chap Goh Mei 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dilarang bermain mercun mengandungi kandungan bahan bakar berbahaya sempena sambutan perayaan Chap Goh Mei pada 15 Februari ini.

Peringatan itu dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menegaskan larangan bermain, menjual dan membeli mercun itu berkuat kuasa pada semua sambutan perayaan termasuk Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, hanya bunga api jenis Pop-Pop dan Happy Boom dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan.

Kata beliau, penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan dan mengikut spesifikasi seperti ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, sesiapa yang menjual mercun tanpa permit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955  (Akta 207) yang memperuntukkan hukuman penjara mencecah tujuh tahun atau denda RM10,000.

“Bermain atau membakar mercun atau bunga api yang terlarang juga boleh dihukum penjara tidak lebih sebulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-dua sekali.

“Orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak bermain mercun untuk mengelakkan  perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya