Langkah Aruwin terhenti di pusingan awal slalom wanita - Utusan Malaysia

Langkah Aruwin terhenti di pusingan awal slalom wanita

Atlet ski alpine negara, Aruwin Salehhuddin ketika bersaing dalam Run 1 bagi acara slalom wanita pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Pusat Alpine Skiing Nasional Yanging, Beijing, hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aruwin Salehhuddin terpaksa menerima kenyataan apabila tidak layak ke pusingan seterusnya dalam slalom wanita pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing hari ini.

Peluncur ski berusia 17 tahun itu bersama 29 peserta yang lain gagal menamatkan saingan dengan sempurna dan seramai 58 peserta berjaya layak ke Run 2, dengan bintang Jerman, Duerr Lena mencatatkan masa terpantas dengan masa 52.17 saat (s).

Acara itu menjadi acara terakhir buat atlet yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat (AS) itu dalam saingan tersebut selepas mempamerkan aksi membanggakan pada Isnin lalu.

Isnin lalu, Aruwin yang dibimbing jurulatih dari Croatia, Mladen Bezjak meraih keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan giant slalom dengan sempurna untuk menduduki tangga ke-38 keseluruhan.

Aruwin memberi persembahan sempurna di Run 2 (penentuan pingat) tanpa sebarang kesilapan, terjatuh mahupun terbabas ketika melalui semua pagar dengan mencatat masa 1 minit, 6.15 saat (s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya