Lagi video jumpa harimau di Cameron Highlands

Lagi video jumpa harimau di Cameron Highlands

TANGKAP  layar video seekor harimau yang dikatakan ditemukan di Cameron Highlands. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu lagi rakaman video penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands, Pahang dalam media sosial hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi 26 saat itu, haiwan pemangsa itu dilihat berkeliaran di satu kawasan semak yang berbukit dengan suara seorang lelaki menyebut ‘harimau, harimau, Cameron Highlands’.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff yang mengulas rakaman video itu berkata, beliau telah berhubung dengan Perhilitan Pahang mengenai penemuan haiwan liar itu.

“Saya baru bercakap dengan Pengarah (Perhilitan) Pahang yang memaklumkan kepada saya tadi, katanya haiwan itu telah melintasi sempadan Pahang,”  katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sabtu lalu, tular rakaman seekor haiwan liar itu dikesan di kawasan hentian rawat dan rehat atau Banjaran Cafe dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial, haiwan pemangsa itu dilihat berkeliaran di satu kawasan semak yang berbukit.

Yusoff yang mengulas perkara itu berkata, haiwan pemangsa itu dipercayai dari Hutan Simpan Bukit Tapah, kemungkinan mencari makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya