Kluster aktif Covid-19 catat lebih 350 - Utusan Malaysia

Kluster aktif Covid-19 catat lebih 350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini sebanyak 353 kluster berbanding semalam, 346 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bagi kluster Covid-19 pula merekodkan penurunan kepada 10 kluster berbanding semalam, 21 kluster.

“Ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,488 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,135 kluster berbanding semalam, 6,132 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sebanyak 9,117 kes positif menunjukkan peningkatan mendadak berbanding semalam, 7,234 kes sekali gus mengatasi 6,546 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 67 kes berbanding semalam, 57 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan peningkatan, 123 kes berbanding semalam, 118 kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 47 kes bersamaan 0.5 peratus daripada 9,117 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 9,070 kes bersamaan 99.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan sebanyak 11 kes berbanding semalam, lapan kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 32,011 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 11 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,453 kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya