Klise? Tiada dalam kamus sepak takraw - Utusan Malaysia

Klise? Tiada dalam kamus sepak takraw

APIT kanan Penang Black Panthers, Danial Baharin (kanan) melakukan libasan ketika menentang Kelantan Warriors pada Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/22 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUKAR untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita, begitu juga saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang sudah lima minggu berlangsung. Empat minggu untuk Liga Premier dan seminggu penuh bagi Divisyen 1.

Tiga fakta STL 2021/2022 sepanjang 5 minggu ini; Pertama, kejutan daripada pendatang baharu Liga Premier, yang datang dari Divisyen 1 musim lalu, Putrajaya Cyborg dan Bomba Fighters.

Pada mulanya, mereka dianggap hanya melengkapkan senarai Liga Premier, namun ternyata dua pasukan itu memberi tentangan hebat kepada lawan mereka.

Kedua pasukan tampil sederhana daripada segi reputasi dan imej tetapi setakat empat minggu aksi Liga Premier, mereka menunjukkan aksi sangat memberangsangkan, dengan corak permainan penuh semangat.

Sedikit tips buat yang menyertai Liga Fantasi STL, Shohibul dari pasukan Bomba Fighters dan Muslim dari Putrajaya Cyborg adalah pembelian paling berbaloi anda boleh lakukan!

Kedua, mungkin ada pandangan sinikal yang memandang enteng kepentingan peminat hadir secara fizikal di Stadium Titiwangsa sepanjang aksi Emas Anuar STL 2021/2022.

Jelas, sepanjang pertandingan setakat ini, lokasi di ibu kota gamat dengan sorakan peminat, yang memastikan tiada detik tanpa kemeriahan untuk setiap perlawanan.

Kelantan Warriors, Johor Tigris antara yang mendapat sokongan padu penyokong. Mereka bukan sahaja memberi semangat kepada pemain, malah seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Khas buat Boyie, peminat tegar Kelantan Warriors, BOS yang sanggup turun dari Johor, dan juga ‘Kakak-kakak Putrajaya’, dengan sorakan tersendiri buat Putrajaya Cyborg.

Ketiga, aksi sengit dalam menobatkan Juara Divisyen 1. Tiada siapa menjangkakan saingan sesengit ini.

Kebanyakan perlawanan dilanjutkan ke set ketiga, menunjukkan semua pasukan mahu melangkah jauh dan layak ke Liga Premier. SSC Hunter juga menampilkan apit kanan berusia 17 tahun, Nigel Saban, membuktikan mereka ada permata yang boleh digilap.

Tahniah Melaka Titans atas kejuaraan Divisyen 1 musim ini dan sekalung penghormatan buat KPT-MASUM Knights yang menunjukkan apa makna sebenar iltizam. – UTUSAN

Penulis adalah Pengurus Pembangunan Perniagaan Astro Arena, Slamet Sazly Yakub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya