Kes Covid-19 naik lagi, hari ini 17,134 kes

Kes Covid-19 naik lagi, hari ini 17,134 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kes harian Covid-19 melonjak ke 17,134 kes hari ini, jauh beza berbanding 13,944 kes yang dicatatkan semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah itu meliputi jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes.

“Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; 86 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Selebihnya, katanya, daripada 17,048 kes atau 99.5 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kategori 1 mencatatkan 4,722 kes (27.56%), kategori 2 catat 12,326 kes (71.94%), kategori 3 catat 58 kes (0.34%), kategori 4 catat 24 kes (0.14%) dan kategori 5 catat 4 kes (0.02%),” katanya.

Sementara itu, kadar vaksinasi negara mencatatkan 80 peratus bagi sekurang-kurangnya satu dos.

Setakat ini terdapat 83,071 kes aktif, manakala sebanyak 52.1 peratus dicatatkan bagi kadar kemasukan unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kapasiti hospital mencatatkan 70 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya