Sering terlibat sama dalam program anjuran universiti akhirnya menerbitkan bibit-bibit cinta dalam hati Mohamad Izran Iskandar Rusli terhadap Noor Syafiqah Azim Mohd Zainurin. Setelah hampir enam tahun memendam rasa, hanya ketika hujung semester terakhir Izran nekad untuk meluahkan isi hati kepada wanita idamannya. Namun, ternyata tiada laluan mudah bagi Izran untuk memiliki penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu. Banyak dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi sepanjang tempoh ‘percubaan’ cinta yang dianggap sebagai satu kenangan manis oleh Izran. Kemuncak percubaan itu menyaksikan Izran diminta menyediakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya