Kerosakan akibat ribut Eunice cecah jutaan ringgit

Kerosakan akibat ribut Eunice cecah RM847 juta

PEJALAN kaki menunjukkan pokok tumbang di Amsterdam selepas dilanda ribut Eunice.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain berdepan rang undang-undang pembersihan mencecah ratusan juta selepas Ribut Eunice membadai seluruh negara sehingga memusnahkan rumah, gereja dan mercu tanda abad ke-21.

Lapor Daily Mail, sebahagian bumbung di Arena 02 di London mula runtuh akibat angin kencang ketika kawasan ibu kota diletakkan di bawah amaran cuaca merah.

Imej yang diambil Jumaat malam lalu, menunjukkan sebahagian besar struktur bernilai 43 juta pound (RM244 juta) yang digelar Millennium Dome tercabut selepas dilanda ribut.

Di kawasan lain, puluhan kediaman musnah atau rosak akibat bumbung diterbangkan angin kencang, manakala banyak kereta dihempap pokok tumbang dan serpihan bumbung berterbangan sehingga mengorbankan empat orang.

Sementara itu, salah satu cerobong di stesen janakuasa di Kent runtuh dan sebuah gereja di Somerset kehilangan puncak menaranya.

Pihak insurans memberitahu mereka dibanjiri panggilan daripada pelanggan yang melaporkan kerosakan harta benda sehingga pertanyaan meningkat 400 peratus.

Jurucakap Persatuan Penanggung Insurans British berkata, masih terlalu awal mengetahui kos sebenar kerosakan.

Jelasnya, semasa Ribut Ciara dan Dennis yang terakhir melanda UK, syarikat insurans perlu membayar lebih 360 juta pound (RM2.04 bilion).

Semasa ribut tersebut melanda Februari 2020, sebanyak 61,000 tuntutan hartanah domestik berjumlah 77 juta pound (RM438 juta), 9,000 tuntutan hartanah komersial (61 juta pound) (RM347 juta) dan 3,500 tuntutan kenderaan motor (11 juta pound) (RM62 juta) dibuat oleh pihak pencarum.

Kerosakan keseluruhan mencecah 149 juta pound (RM847 juta).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya