Kerani ditipu pakej perunding perkahwinan - Utusan Malaysia

Kerani ditipu pakej perunding perkahwinan

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kerani rugi RM7,265 apabila ditipu dua beranak yang menawarkan pakej perunding perkahwinan, Mei tahun lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner  Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan pada 3 Januari lalu daripada mangsa berusia 24 tahun mendakwa ditipu dalam urusan tempahan pakej perkahwinan. 

Menurut beliau, pada Mei tahun lalu, mangsa telah mendapatkan perkhidmatan perunding perkahwinan daripada sebuah syarikat dan telah berminat dengan tawaran pakej perkahwinan termasuk dewan, katering, pakaian pengantin pasangan serta jurugambar. 

“Mangsa telah membuat pembayaran deposit berjumlah RM7,265 bagi perkhidmatan tersebut.

“Bagaimanapun, tidak diberikan perkhidmatan yang dijanjikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas Mohd. Mahidisham, bertindak atas maklumat, sepasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah membuat tangkapan seorang bapa berumur 57 tahun dan anak lelakinya yang berumur 25 tahun di Lembah Klang. 

Ujarnya, turut dirampas dirampas beberapa dokumen dan telefon bimbit. 

“Tangkapan direman bermula semalam sehingga lusa.

“ Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesyaki ramai lagi mangsa terlibat dalam kes  ini,” katanya.

Susulan itu, tambahnya, pihak polis masih mengesan dan meminta mangsa-mangsa yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis.

Pihak Polis menasihatkan peniaga supaya tidak menawarkan perkhidmatan/ menjual barangan sekiranya tidak ada kemampuan dan tidak sewenang wenangnya menggunakan alasan pendemik Covid-19 kepada pelanggan jika gagal untuk menunaikan janji mereka. 

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599, whatsapp ke CCID Infoline di talian 013-2111 222, semakmule.rmp.gov.my atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya