Kelantan ibarat jatuh ditimpa tangga - Utusan Malaysia

Kelantan ibarat jatuh ditimpa tangga

AIDIL Aiman Azmawi (kiri) berusaha menghalang libasan yang dilakukan oleh apit kanan, Azlan Alias pada aksi Liga Premier Emas Anuar Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan, sebentar tadi. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kelantan Warriors bukan sahaja terpaksa menanggung kekalahan 2-0 kepada Kuala Lumpur (KL) Thunder, malah turut kehilangan khidmat tekong utama Zukifli Abdul Razak dan perejam berbisa Fadzli Muhammad Roslan yang mengalami kecederaan pada aksi Liga Premier, Emas Anuar Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Kompleks Sukan Panji di sini, sebentar tadi.

Zulkifli atau Sobey terpaksa dibawa keluar selepas tergelincir semasa melakukan servis dipenghujung set pertama.

Selepas itu, Fadzli pula terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan sekaligus merencatkan momentum permainan Kelantan Warriors.

Bagaimanapun, Kelantan Warriors yang beraksi di Kota Bharu ‘dihimpit’ tekanan awal apabila ketinggalan 10-15 ditangan KL Thunder.

Skuad bimbingan Azhar Sarbini kembali bangkit untuk merapatkan jarak mata kepada 14-16 menerusi rejaman-remajan padu dari Fadzli Muhammad Roslan.

Kesilapan yang dilakukan tekong KL Thunder Syahir Rosdi memberi mata mudah buat Kelantan Warriors menjadikan kedudukan 16-20.

Bagaimanapun, Kelantan Warriors terpaksa melupakan khidmat Sobey akibat kecederaan selepas melakukan servis.

Keputusan set pertama berpihak kepada KL Thunder dengan 21-17 mengatasi Kelantan Warriors.

Kelantan Warriors dirundung malang sekali lagi apabila Fadzli terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada set kedua.

Ketiadaan dua tonggak itu tidak melemahkan mental barisan pemain Kelantan Warriors apabila berjaya mendahului KL Thunder pada kedudukan 15-12.

Kedudukan berubah selepas itu menjadi 18-17 sekaligus mengembalikan semula ‘tekanan’ kepada Kelantan Warriors.

Selepas itu, Kelantan Warrios kembali menekan lawan, bagaimanapun KL Thunder berjaya menutup aksi itu dengan kemenangan 20-22.

Kekalahan itu meletakkan Kelantan Warriors terus menghuni tangga tercorot liga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya